Tuesday 17 September 2013

BLACK PEPPER CHICKEN CHOP



Bahan-bahan ( 2 orang ):
*UNTUK DIPERAP*
2 paha ayam (buang tulang)
2 ulas bawang putih (cincang)
1 cm halia (cincang)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos Lee & Perrins
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar madu
garam secukup rasa
*SOS BLACK PEPPER*
1/2 botol sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 cendawan butang (cincang)
1/2 biji bawang besar (cincang)
garam/gula secukup rasa
Cara-cara menyediakannya:
Gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dapat diserap dengan elok.
Selepas diperap semalaman, sediakan kuali tak melekat untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan kuali sehingga ayam dah separuh masak.
Balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak ).
Lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
Kalau tak cukup  sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya seperti yang tertera di atas.
Caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan hingga  kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa.

No comments:

Post a Comment