Bahan-bahan ( 4 orang makan )
8-10 ekor udang segar sederhana besar
100g tepung tempura@tepung gandum
100g serbuk roti
1 biji telur
garam
lada sulah
minyak utk menggoreng
Cara-cara :
Kupas kulit udang, buang kepala dan basuh dengan
bersih. Supaya udang tak bengkok semasa digoreng.kerat bawah badan udang
tetapi jangan sampai putus.Keringkan badan udang sebelum menggoreng
utk mengelakkan meletup ketika menggoreng.taburkan garam dan lada sulah
secukup rasa.
Lumur udang dengan tepung,kemudian celup dalam telur
yang sudah dipukul hingga kembang. Kemudian lumurkan dengan serbuk roti.
Pastikan minyak sudah panas dan bolehlah goreng udang hingga
warna keemasan.
No comments:
Post a Comment