Saturday 31 August 2013

KERABU MANGGA ALA UTARA



BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)

1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris nipis

1 biji bawang besar, mayang halus

1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar

1 genggam udang kering, (tiada kulit).

4 biji cili padi, hiris halus

1 1/2 camca besar sos ikan

1 camca besar penuh gula

1 biji limau nipis, perah jusnya

Beberapa helai daun salad, cuci dan toskan(ikut suka)

ikan bilis goreng(jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus.Boleh juga diparut kasar. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan udang kering gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan tabur sedikit ikan bilis goreng(jika suka) dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang

CORNFLAKES MADU





Bahan-bahan ( 50-60 biji )

  • 4 cawan Cornflakes
    ¼ cawan madu
    ¼ cawan mentega
    Papercup secukupnya
    Sprinkles sebagai hiasan
  •  coklat rice(sebagai hiasan - ikut suka)

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
  2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
  3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
  4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
  5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.

SERUNDING AYAM



BAHAN-BAHAN:
  •  1kg daging ayam | direbus dan disiat halus
  • 1 liter santan
  • 50gm bawang merah | dikisar
  • 30gm bawang putih | dikisar
  • 80gm serai | dikisar
  • 150gm pes cili
  • 80gm minyak masak
  • 50gm kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:
1 Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai yang dikisar sehingga berbau wangi.
2 Kemudian masukkan pes cili dan rempah. Kacau rata sehingga pecah minyak.
3 Kemudian masukkan santan dan isi ayam. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
4 Bila sudah agak pekat, masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata hingga sebati dan kering.
5 Angkat dan sedia dihidangkan.
Agak mengambil masa kerana daging ayam harus disiat halus.

Friday 30 August 2013

IKAN SIAKAP STIM





  Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan siakap | sederhana besar
1 batang serai
1/2biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 inci halia

1 biji limau kasturi

2 helai daun limau purut | buang urat
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan air
Garam, gula
Daun ketumbar, daun bawang

CARA

2.Masukkan semua bahan dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, garam, gula, daun ketumbar/ bawang.Ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan.
3.Masukkan juga sedikit air.
4.Kukus dalam 5-10 minit hingga ikan masak.
5.Masukkan air bancuhan tepung + gula + daun ketumbar/ bawang.
6.Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam.Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagi limau.
7.Hidang.