Saturday 31 August 2013

SERUNDING AYAM



BAHAN-BAHAN:
  •  1kg daging ayam | direbus dan disiat halus
  • 1 liter santan
  • 50gm bawang merah | dikisar
  • 30gm bawang putih | dikisar
  • 80gm serai | dikisar
  • 150gm pes cili
  • 80gm minyak masak
  • 50gm kerisik
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:
1 Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai yang dikisar sehingga berbau wangi.
2 Kemudian masukkan pes cili dan rempah. Kacau rata sehingga pecah minyak.
3 Kemudian masukkan santan dan isi ayam. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
4 Bila sudah agak pekat, masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata hingga sebati dan kering.
5 Angkat dan sedia dihidangkan.
Agak mengambil masa kerana daging ayam harus disiat halus.

3 comments:

  1. Resepi dah ada, sesaper pun boleh buat serunding sekarang nie. Apapun, kalau nak makan serunding, walaupun dah ader resepi tapi terasa malas pulak nak buat leh dapatkan terus dari kami. Semua ada, serunding daging , serunding ayam & serunding ikan.

    Serunding.i1corner.com

    Ok.tq.

    ReplyDelete
  2. Dlm bhn xde rempah pn..rempah apa erk????

    ReplyDelete
  3. Dlm bhn xde rempah pn..rempah apa erk????

    ReplyDelete