BAHAN-BAHAN
Saiz 8"persegi
1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly (pilih 1 bgkus agar-agar putih)
750ml air (sukat guna botol air mineral 500liter, tambah 1 cawan)
170 gula (guna 140gram sahaja)
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)
CARA MENYEDIAKAN
Saiz 8"persegi
1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly (pilih 1 bgkus agar-agar putih)
750ml air (sukat guna botol air mineral 500liter, tambah 1 cawan)
170 gula (guna 140gram sahaja)
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)
CARA MENYEDIAKAN
1.
Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan
gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga
mendidih, kacau betul-betul .
2.
Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo,
kacau hingga sebati
3.
Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk
periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
4.
Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan
kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo.
Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan
agar-agar milo. ( ada 3 LAPISAN ya )
5.
Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam
peti ais
6.
Selamat mencuba.
TIPS UNTUK
MELAPIS
1.
Jangan
tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya,
jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan
seterusnya.
2.
Pastikan
adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik
dengan adunan sebelumnya..
No comments:
Post a Comment