- 500gm paha ayam
- 250ml minyak masak
- 40gm bawang putih | dikisar halus
- 30gm halia | dikisar halus
- 1 biji telur ayam
- 10gm daun kari
- 60gm serbuk kari daging
- 15gm serbuk cili
- 25gm serbuk kunyit
- 10gm serbuk jintan manis
- 10gm serbuk jintan manis
- 125gm tepung jagung
- Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Letakkan ayam yang siap dipotong dan dibersihkan ke
dalam bekas atau mangkuk.
2. Masukkan bahan kisar dan pecahkan telur ke dalam bekas
tadi.
3. Gaul sehingga rata dan masukkan daun kari, serbuk kari
daging, sebuk kunyit, jintan putih, cili, jintan manis dan tepung jagung gaul
sehingga rata
4. Taburkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa dan
perapkan satu jam.
5. Panaskan minyak di dalam kuali
dan gorengkan ayam tersebut.
6. Kacau perlahan sehingga ayam tersebut cukup masak dan
garing.
7. Hidangkan bersama cili atau tomato sos. Sedia dinikmati.
Pastikan ayam dimasak dengan api sederhana supaya
isinya masak kerana peha ayam mengambil masa lebih lama berbanding dada ayam.
No comments:
Post a Comment