Friday 30 August 2013

IKAN PEKASAM UTARA



IKAN PEKASAM
...CARA MEMBUAT PEKASAM....
  • Ikan sepat jawa/ ikan sepat benua/ ikan puyu atau sebarang ikan air tawar yang kita suka.
  • Ikan sepat tadi disiang, dibuang perut dan dicuci segala kotoran, lemak serta darah. Rendam sebentar dengan asam jawa dan tepung untuk menghilangkan hanyir ikan. Bilas dengan air bersih.
  • Ikan ditoskan dan digaul garam kasar dengan kadar 30%.
  • Setelah digaramkan, ikan diperam selama 2-3 hari.
  • Selepas diperam, ikan dibersihkan dengan air sebanyak tiga kali dan ditoskan.
  • Selepas ditoskan, ikan digaul dengan beras goreng yang telah dihancurkan, dimasukkan kedalam baling kedap udara dan dicampur dengan asam jawa serta gula merah.
  • Peram kali kedua selama 14 hari kedalam balang kedap udara. Balang bertutup boleh juga disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
  • Goreng bawang besar atau bawang merah hingga garing.Goreng pula cili besar dan taburkan diatas ikan pekasam yang telah digoreng.Siap untuk dimakan.
  •  
Cara membuat beras goreng;

Beras dibasuh kemudian ditoskan. Panaskan kuali dan masukkan beras yang telah dicuci tadi dan goreng tanpa minyak hingga perang.
·         Sejukkan beras yang telah digoreng tadi dan blender kering hingga hancur halus.

No comments:

Post a Comment