Thursday 12 September 2013

KARI SOTONG


Bahan-bahan:
Sotong - rebus sekejap
Bawang besar - blend halus
Bawang putih - blend halus
Halia - blend halus
Daun kari
Daun pandan
Halba campur
Santan pekat
Santan cair
Cili merah dan hijau - belah 4
Serbuk cili (kalau suka)
Serbuk kari ikan  - bancuh pekat-pekat dengan air panas
Kiub ayam / serbuk pati ikan bilis
Garam
Daun ketumbar

Cara penyediaan:
1. Sotong yang sudah dibersihkan tu rebus sekejap atau celur dalam air panas untuk mengeluarkan air sotong, kasi kecut skit. Bila dah kecut, toskan dan ketepikan sotong.

2. Tumis halba campur, daun kari, dan daun pandan dengan minyak hingga wangi. Kemudian masukkan bahan blend dan tumis lagi hingga naik bau. Masukkan pula serbuk kari ikan yang dah dibancuh dengan air pekat-pekat. Kalau suka pedas masukkan sedikit serbuk cili. Tumis hingga naik minyak. Part ni penting, kena selalu kacau supaya rempah tak berkerak di bawah. Agak-agak nak kering masukkan sedikit santan cair dan tumis lagi. Tumis hingga rempah masak dan naik minyak baru kari akan jadi sedap.

3. Masukkan santan pekat, cili merah dan hijau, garam, kiub ayam atau serbuk pati ikan bilis dan sentiasa kacau hingga mendidih supaya santan tak berketul. Kalau suka pedas boleh masukkan cili padi yang dibelah dua. Bila sudah mendidih masukkan sotong yang telah dicelur tadi dan boleh tutup api selepas 3-4 minit. Sotong tu dah direbus tak perlu masak lama. Kalau ada daun ketumbar boleh taburkan sedikit untuk lebih aroma.


No comments:

Post a Comment