Friday 4 October 2013

TALAM SAGU



Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
  • 2 cawan santan cair (santan kotak Kara)
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - (3/4 cawan)
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah secukupnya-
Cara membuatnya :
Sapu acuan dengan minyak dahulu.
1.     Gaulkan semua bahan hingga sebati.  Masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan.
2.     Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Hingga hilang biji-biji putih tu.
3.     Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu.
4.     Letak adunan lapisan atas.
Masak bahan2 sagu dlm periuk sehingga pekat dlm 15 minit dngn menggunakan api sederhana. Kacau supaya adunan rata. Angkat dan bolehlah tuangkan adunan utk lapisan atas dan kukus semula selama 15 minit.

Bahan untuk lapisan atas :
  • 3 cawan santan pekat (santan kotak Kara)
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung-
  • 1 sudu teh garam
Cara membuatnya :
1.     Gaul semua bahan supaya rata.
2.     Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
3.     Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
4.     Kukus lagi selama 20 minit.
  • Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.

No comments:

Post a Comment