Thursday 10 October 2013

KOLE KACANG




Bahan-bahan
  • ** 1 cawan santan pekat
  • * 1 cawan gula merah
  • * 2 sudu besar gula pasir
  • * 1 cawan air
  • * beberapa helai daun pandan disimpul
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung kacang hijau
  • secubit garam
Cara-cara
1.     Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dalam kuali. (buat tahi minyak kena sabar kerana lama. Buat tahi minyak gunakan santan baru kerana akan mempengaruhi rasa tahi minyak)
2.     Masak bahan bertanda* sehingga gula larut. Kemudian sejukkan dan ketepikan.
3.     Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati. Kalau taka da tepung kacang hijau,boleh buat sendiri. Mesin kering kacang hijau dan ayak hingga halus.
4.     Masukkan adunan tadi dalam kuali yang berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dalam loyang.
5.     Bila adunan sejuk bolehlah dipotong,  taburkan dgn tahi minyak sebelum di potong.

No comments:

Post a Comment