Thursday 10 October 2013

MEE JAWA KUAH SUKUN



BAHANNYA:

9OO g mi kuning
4 sudu besar minyak
1/2 mangkuk isi ayam
5 kelopak kubis
1/2 sudu the serbuk lada putih
1 biji buah sukun  (1/2 direbus dan dikisar halus.1/2 biji lagi dipotong nipis dan digoreng)
Sedikit kicap cair
Sedikit garam
Sos tomato secukup rasa

Bahan yang digiling:
5 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 mangkuk ikan bilis-digoreng

CARA MEMBUATNYA:

1 . Ayam direbus dengan air sampai keluar minyak.Bila sudah empuk toskan dan sejukkan sebentar baru dipotong-potong.
2 . Lalukan mi dibawah air yang mengalir dan toskan.
3. Basuh kubis sekeping demi sekeping dan potong memanjang.
4 . Tumis bahan giling sampai wangi,masukkan ayam dan kubis.
5. Tuangkan sos tomato ,kicap ,air rebusan ayam dan buah sukun kisar.
6. Tambahkan lada sulah dan masukkan mi. Balik-balikkan hingga masak. Hidangkan bersama sukun goring.
7. Sekiranya hendak menghidangkan mi berasingan, celurkan minya bersama kuah serta sukun goring.


No comments:

Post a Comment