Monday 18 November 2013

KEK LAPIS STRAWBERI COKLAT



Bahan

10 biji telur

500gm butter

250 gm tepun gandum

100gm gula kastor

200gm Horlick

1 tin pendek susu pekat manis

1 sudu esen vanilla

1 1/2 sudu besar ovallate

1 botol kecil(25ml)

1sudu kecil baking powder

strawberry emulco

50gm serbuk koko

Cara


·         Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan ovallate

·         masukkan telur satu persatu, pukul lagi

·         masukkan susu pekat manis, horlick dan esen vanilla~ gaul rata

·         Masukkan tepung dan gaul sebati

·         Bahagikan kepada 2 bahagian :-

a) bahagian pertama campurkan dengan strawberry emulco

b) bahagian kedua di campurkan dengan serbuk koko


·         Bahagikan adunan koko kepada 2 bahagian sama banyak :-

a) satu bahagian untuk lapisan atas (adunan koko A)


b) satu bahagian untuk lapisan bawah(adunan koko B)


·         Alas loyang kek bersaiz 8"x 8"x 2.5" dengan kertas baking, sapukan mentega di bahagian dasarnya.

·         Ambil 3-4 sudu besar daripada adunan koko A, ratakan atas loyang. Bakar dengan api oven bahagian atas dan bawah dengan suhu 180C selama 5 minit atau hingga kek masak.
·         **Ambil lagi 3-4 sudu besar adunan koko A, tambah ke atas lapisan pertama kek tadi dan bakar dengan api oven bahagian atas sahaja selama 3 minit atau hingga masak dengan suhu 250c.
·         Ulang proses ** hingga adunan koko A habis.
·         Ikuti dengan lapisan adunan strawberry Emulco hingga habis(sama seperti proses **)
·         Dan diakhiri dengan lapisan koko B hingga habis.
·         siap..

No comments:

Post a Comment