Sunday 17 November 2013

DAGING MASAK KICAP



Bahan-bahannya:

Daging 1/2  bersihkan dan dipotong  sederhana tebal,perap dengan 1 1/2 sudu besar sos cili dan 1 1/2 sudu besar kicap lemak manis (selalu guna cap kipas udang),tambahkan 1 sk jintan manis dan 1 sk jintan putih (perap sebentar), masakkan dalam *pressure cooker* dgn air yg sedikit selama 10 min.Asingkan daging dan air rebusan sekiranya masih tersisa.
_ kicap lemak manis 5sb,
   sos cili 3sb .boleh tambah cili boh jika suka
  bahan kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
 2 sudu lada hitam

Bahan hiasan:

2 biji bawang besar dihiris bulat
cili merah atau lada benggala merah,kuning pun okay
daun sup atau daun ketumbar di potong kasar
2 biji buah tomato di racik 6 bahagian

Cara-caranya:
_ panaskan sedikit minyak (3 sudu besar),goreng daging agar kering sedikit kemudian diangkat dan diketepikan.
_ tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak,tambahkan air rebusan,biarkan ia agak kering barulah di masukkan daging dan bawang besar. _ siramkan kicap dan cili sos,campakkan tomato dan akhir sekali cili merah atau lada benggala.Dihidangkan bersama daun sup.

No comments:

Post a Comment