Sunday 24 November 2013

KEK CAWAN PISANG BADAM



Bahan-bahan
  • 110 gm.tepung gandum
  • 1 1/2 sdt.baking powder
  • 1/2 sdt.garam
  • 1/4 sdt.soda bicarbonat
  • 1 biji pisang besar(3/4 cawan selepas di hancurkan)
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan mentega
  • 50 ml sour cream/buttermilk(50 ml.fresh milk campur 1 sdt.cuka)
  • 1 sdt. esen vanila
Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  • Hancurkan pisang dengan garfu.
  • Pukul gula dan telur bersama hingga kembang,tambahkan pisang yang telah di hancurkan tadi.
  • Kemudian tambahkan mentega,dan pukul untuk selama 1 minit lagi sehingga adunan kelihatan pekat dan berkrim.
  • Kemudian tambahkan sour cream/buttermilk dan esen vanila.Pukul sekali lalu sahaja.Jangan terlebih pukul.
  • Masukkan ke dalam acuan pilihan dan bakar pada suhu 180'C selama 40 min.atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
  • Bahagian atasnya akan kelihatan perang keemasan bila kek masak.Sejukkan seketika dan bolehlah di hidangkan.

No comments:

Post a Comment