Sunday 24 November 2013

KEK CAWAN OREO



Bahan-bahan
  • 250 gm .mentega
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 8-10 keping biskut oreo-kisar halus
Cara membuatnya
  • Panaskan oven dan ayak tepung naik sendiri bersama baking powder.
  • Campurkan mentega,gula ,tepung,telur dan esen vanila dan pukul selama 2 minit.Jangan terlebih pukul .
  • Tuangkan adunan ke dalam paper cup dan susun di atas tray.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 170'C selama 10-15 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan sebentar dan bolehlah di hias mengikut kesukaan masing-masing.
Buttercream
  • 80 gm.mentega
  • 200 gm.krimwell
  • 350 gm.golden syrup
Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan krimwell hinga kembang.
  • Masukkan golden syrup perlahan-lahan dan pukul lagi hingga rata.
  • Bolehlah diletakkan pewarna mengikut pilihan sendiri 
**Saya menambahkan sedikit coklat emulco ke dalam adunan kek. 

Tip untuk kek cawan
  1. Jangan isikan adunan sehingga 3/4 penuh kerana kek akan menjadi sama rata dengan tepi keliling bila sudah masak.
  2. Ini merugikan kerana anda perlu membuang bahagian atasnya untuk menyapu aising kek.
  3. Sebaik-baiknya timbang setiap adunan supaya sama banyak.Jika tidak, kek anda ada yang penuh dan ada yang kurang.Jika kurang anda akan menggunakan lebih banyak aising.
  4. Untuk acuan sederhana besar 44 gm.sudah memadai. 
  5. Untuk hiasan adalah kretiviti sendiri.

No comments:

Post a Comment