Friday 6 December 2013

KEK CHIFFON MARBLE STRAWBERI



Bahan2nya:
A
4 biji kuning telur 
115ml susu segar
85ml corn oil
1/4 sk garam
90g gula kaster
150g tepung superfine
1 sk baking powder
1 sk strawberry emulco
1/2 sk pewarna merah jambu

B
4 biji putih telur
90g gula kaster
1/8 sk cream of tartar

C (satukan)
2 sb serbuk koko
1 sb gula aising
2 sb air panas (tambah jika kurang)

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang chiffon bersaiz 9 inci. Griskan guna sedikit butter & taburkan tepung pada seluruh permukaannya. Ketuk keluar lebihan tepung & ketepikan. 

2. Satukan semua bahan A dalam mangkuk pengadun. Gaul rata hingga sebati (saya guna hand whisk sahaja).

3. Kemudian, pukul bahan B hingga kembang & bertanduk.

4. Kaup balikkan adunan B ke dalam adunan A hingga sebati.

5. Tuang 1/2 adunan kek dalam loyang yang di sediakan. Kemudian, tuang sedikit 
adunan C perlahan2 atasnya. Lorek  guna lidi  untuk membuat pattern marble. Tuang pula baki adunan tadi & letakkan lagi sedikit adunan C atasnya, lorek lagi.

6. Bakar pada suhu 175 C selama 40 minit. Terbalikkan adunan apabila kek sudah masak & Biarkan sejuk sepenuhnya baru keluarkan dari acuan.

No comments:

Post a Comment