Tuesday, 3 September 2013

TOM YAM ALA UTARA

BAHAN-BAHANNYA :-
1 paket pes tomyam
3 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1/2 inci lengkuas, dititik
10 biji cili padi thai, diketuk
Jus limau nipis secukupnya( penting)
1 biji bawang besar,  potong ikut suka
 5 ekor udang yang besar  (boleh tambah sotong jika suka)
Bebola ikan pelbagai bentuk ( ikut suka nak banyak mana)
 1 batang lobak merah, potong bentuk bunga
4 batang badek jagung
Bunga kubis
2 biji tomato(belah empat)
Boleh letak cendawan butang jika nak

CARA MEMBUATNYA :-)
1.     Masukkan perencah tomyam ke dalam periuk bersama air (anggaran 5 cawan), serai, lengkuas dan daun limau purut. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan cili padi, lobak merah dan,bunga kubis dan badek jagung. Masak sekejap.
2.     Masukkan udang, bebola ikan . Kalau suka boleh tambah sos ikan. Biar mendidih sekejap, tambah jus limau nipis secukup rasa. Kemudian boleh matikan api. Sedia untuk dihidangkan…

No comments:

Post a Comment