Saturday, 7 September 2013

KERABU PUCUK PAKU



      Bahan-bahan: 
  • 1 ikat pucuk paku
  • 2 ulas bawang merah
  • 6 biji cili merah
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 gm belacan
  • 10 ml santan pekat
  • 30 gm kelapa parut } digoreng hingga perang dan ditumbuk
  • 2 batang serai
  • 30 gm udang kering
  • sedikit air limau nipis
  • gula dan garam secukup rasa 
      Cara membuat: 
  • Pucuk paku diambil daun dan batang muda kemudian dicelur.
  • Belacan dibakar dan ditumbuk bersama cili merah. Campurkan bersama pucuk paku.
  • Selepas itu masukkan pula udang kering, bawang merah yang telah dihiris beserta cili padi yang dipotong halus.
  • Gaul sebati kesemua bahan tersebut barulah masukkan kelapa goreng dan santan pekat.
Akhir sekali masukkan sedikit air limau nipis, gula dan garam secukup rasa

No comments:

Post a Comment