Monday, 2 September 2013

KEK OREO




Bahan2
250 gm butter
1 cwn gula
2 cwn tepung naik sendiri -( tepung kek)
1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo - kisar halus dengan krimnya
Caranya:
Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul .
Campurkan oreo dan kacau rata.Tuangkan adunan dalam paper cup. Susun atas tray. Bahagi kepada 3 bahagian .Bakar selapis, selapis  dalam oven dgn suhu 170C selama 15 minit atau sehingga masak.
BUTTERCREAM
Bahan2
80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup
Caranya:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
Bolehlah masukkan pewarna mengikut kesukaan kita.

CARA MENDECO KEK
Bahan2
Buttercream
Serbuk oreo secukupnya
Caranya:
Permukaan setiap kek hendaklah diratakan.
Ambil kek pertama dan disapukan buttercream di atasnya. Selepas tu taburkan serbuk oreo tadi sehingga menutupi permukaan buttercream tadi.
Lapiskan dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
Lapiskan kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Deco ikut pilihan sendiri.

No comments:

Post a Comment