Friday, 6 September 2013

CUCUR JAGUNG PEDAS



CUCUR JAGUNG PEDAS

Bahan-bahan:

1 tongkol jagung (kikis ambil isi dan jusnya)
1 cawan tepung gandum
1 labu bawang besar -saiz sederhana
1 biji cili besar - hiris nipis
Garam secukupnya
Air secukupnya
Secubit dua gula
Minyak

Cara-cara:

Campur semua bahan dan masukkan air.
Perasakan dengan garam dan secubit gula. Fungsi gula adalah untuk melembutkan bancuhan.
Jika inginkan cucur/cekodok yang lembut, tambahkan air dalam bancuhan. Begitu juga sebaliknya. Cuma biasanya jika kita membancuh tepung cucur, jangan terlebih kacau kerana cucur akan mudah menjadi liat.
Goreng dalam minyak yang panas. Bukan terlalu panas. Sebab jika suhu minyak terlalu panas (melebihi 160 darjah C) cucur yang digoreng akan masak 'mengejut' dan menggerutu.
Apabila gorengan telah mengeraskan, kecilkan api. Pecahkan-pecahkan cucur dan goreng hingga perang keemasan.

No comments:

Post a Comment