AYAM MASAK
MERAH
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 12
1 labu bawang besar- di mayang.
3 batang serai dititik
2 keping asam gelugor
Garam dan serbuk kunyit(utk goreng ayam)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk di kisar:Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 12
1 labu bawang besar- di mayang.
3 batang serai dititik
2 keping asam gelugor
Garam dan serbuk kunyit(utk goreng ayam)
Garam dan gula secukup rasa
4 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btng serai- ptng kecil2
1 cawan cili kisar
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
Cara Menyediakannya
Ayam yg telah di potong, di cuci dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak.Angkat ayam dan toskan minyaknya.
Tumiskan bawang besar yg di mayang hingga sedikit layu. Masukkan bahan2 yang telah di kisar dan tumis sehingga naik bau.kemudian masukkan sos cili dan tomato,Masa ni guna api sederhana je dan sentiasalah di kacau.
Masukkan serai yg di titik tadi dan gaul lagi.(Tambahkan sedikit air sekiranya perlu)
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor. Masukkan pula garam dan gula...perasakan.
Setelah rasanya ok, bolehlah di angkat dan matikan api.
Angkat dan boleh di hidangkan bersama dengan nasi putih, nasi jagung atau nasi minyak
No comments:
Post a Comment