Tuesday, 3 September 2013

SAMBAL TUMIS SOTONG



Bahan-Bahannya:
10 ekor sotong - dibersihkan dan disejat dalam tapis untuk keringkan airnya
1  senduk cili kering yang telah dimesin bersama bawang
sebesar ibu jari asam jawa - campur sedikit air
2 biji bawang besar - dipotong bulat
Bahan Tumbuk Lumat:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cara Memasak:
1.     Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2.     Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak dan garing.
3.     Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Masak hingga garing.
4.     Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata dan masak hingga bawang layu. (Bila bawang besar semua dah layu, menunjukkan bahawa sotong pun sudah masak.. Pastikan sentiasa kacau sotong tu supaya masak rata.)
5.     Tutup api dan sedia untuk dihidangkan(Jangan masak terlalu lama)

No comments:

Post a Comment