Monday, 2 September 2013

KARI KEPALA IKAN





Bahan-bahan
  • 1  kepala ikan merah.(ikan lain pun boleh juga)
  • 1 paket kari ikan
  • 2 sudu serbuk cili
  • sedikit asam jawa / asam keping  
  • 2 biji tomato (belah 6)
  • 2 biji lada besar warna merah (belah 2)
  • Halba campur (menumis)
  • sedikit garam
  • air secukupnya
  • santan/susu cair
  •  1 tangkai daun kari  
Cara-cara
1.     Hiris bawang kecil dan bawang putih. Panaskan minyak dan masukkan bawang sehingga garing dan masukkan daun kari sehingga garing juga dan barulah masukkan rempah tumis sehingga naik bau.
2.     Masukkan serbuk kari,letakkan sedikit air supaya tak hangit.Masukkan serbuk cili, bersama air asam jawa sehingga sebati.
3.     Kacau  serbuk kari itu tadi sehingga masak jangan la sampai hangus....kemudian baru la masukkan  air dan  santan tunggu hingga mendidih dan masak.
4.     Kemudian baru  masukkan kepala ikan merah tadi. Masukkan garam.
5.     Kemudian baru masukkan bahan lain, masukkan dulu lada besar warna merah, diikuti kacang bendi, dan yg last sekali tomato. baru lah nmpk agak2 dah nak masak, rasa garam secukupnya. Kalau kurang masam boleh tambahkan asam keping.
6.     Jangan kacau sangat kerana tak nak kepala ikan merah tu hancur.

 

No comments:

Post a Comment