Bahan-bahan:
500 gram daging cincang yang fresh
1 cawan kacang dhal (rebus sampai empuk)
2 sudu cili kering kisar
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 paket serbuk kari daging
Rempah tumis (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga)
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Minyak utk menumis
Sayur-sayuran:
3 biji terung
2 biji kentang
10 urat kacang panjang
1 batang lobak merah
2 biji tomato
Cara-cara:
1- Potong daging ikut suka. Ambil sekali lemak pada daging. Cuci & toskan.
2-Potong sayur-sayuran ikut suka ( potong memanjang, kentang & tomato dibelah 4). Blend halia, bawang merah & bawang putih.
3-Masukkan 4 sekawan dan tumis semua bahan2 yg telah diblend tadi. Kemudian masukkan rempah kari daging sehingga naik bau. Terus masukkan daging & tulang.
4-Masukkan air & tutup periuk. Biar daging & tulang empuk dahulu barulah masukkan santan & air asam jawa. Setelah daging agak empuk masukkan kacang dhal yg telah direbus tadi.
5-Masukkan sayur2an dimulai dengan yg agak keras dahulu iaitu kentang, lobak merah, terung.
6- Bila kentang dah masak barulah masukkan kacang panjang & akhir sekali barulah tomato. Biar mendidih sebentar. Masukkan cili merah dan hijau yang telah dibelah dua.
Masukkan garam, gula & serbuk perasa (jika suka). Sesuaikan rasa, angkat & bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment