1 kg nangka muda, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam
3 cwn santan cair
1 cwn santan pekat
1 btng serai-dititik
1 helai daun kunyit-disiat
Garam secukup rasa
sedikit gula
1 keping asam gelugor
Air secukupnya utk merebus nangka
Bahan Kisar
1/2 cwn ikan bilis, buang kotoran dan cuci
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
6 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus
Cara Memasak
Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.
Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
Sementara itu masukkan bahan2 kisar kedlm periuk. Masukkan 1 cwn air dan biarkan mendidih. Masukkan santan cair dan masukkan nangka yg telah direbus tadi.
Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata.
Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.
Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.
p/s1.kalau anda mahu letak daging cincang cuma bahannya tambah halia
2. juga rencah dengan ikan masin talang atau tengiri jeruk pun sedap sangat
No comments:
Post a Comment